Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PROGRAM BIOSUPERHERO OUTREACH 5.0 X LET’S LISTEN TO NATURE 7.0

HULU LANGAT, 11 Jun 2023 – Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia telah berkolaborasi dengan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia  menganjurkan Program Biosuperhero Outreach 5.0 dan Let’s Listen To Nature (LLTN) 7.0 kepada peserta di bawah Program PERMATA Remaja.

Program dijalankan pada 9 hingga 11 Jun 2023 bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk minat dan cinta terhadap biologi seterusnya memperkasa pengetahuan tentang ilmu sains biologi

Program ini telah disertai 37 orang peserta PERMATA Remaja yang terdiri daripada Pusat Komuniti PERMATA Remaja PA Desa Rejang, PPR Pantai Ria, PPR Seri Pantai dan PPR Kampung Muhibbah. Antara tiga modul yang diketengahkan ialah We Are One, Time Travel with Nature dan Planetary Travelling. Justeru, penganjuran program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para peserta untuk mempraktikkan ilmu sains biologi yang dipelajari menerusi aktiviti yang dijalankan dalam program ini.