Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PANTAI DALAM, 11 Oktober - Program English Fun Time telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Komuniti PERMATA Remaja Blok A, PPR Pantai Ria. Seramai lapan orang peserta telah mengambil bahagian, majoritinya daripada kelas bimbingan membaca. Program ini dikendalikan oleh mahasiswi Universitas Sumatera Utara (USU) yang telah membimbing peserta melalui pelbagai aktiviti interaktif berasaskan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Terdapat tiga aktiviti dilaksanakan iaitu Memory Card Game, Colour Your Fruits dan Simon Says. Objektif utama program ini dilaksanakan untuk membantu peserta mengenal pasti nama buah-buahan dengan pengiraan bilangan satu sehingga sepuluh. Selain itu, aktiviti ini juga ingin meningkatkan daya ingatan peserta dengan menggunakan kad bergambar seterusnya membina keyakinan peserta untuk menyebut perkataan dan nombor mudah dalam Bahasa Inggeris.

Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan semangat yang positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Mereka berani mencuba menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dan mampu mengikut arahan yang diberikan. Pembelajaran yang aktif dan ceria ini telah mendapat kerjasama penuh daripada semua peserta. Tuntasnya, Program English Fun Time telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi memperkukuh asas pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar komuniti.