Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Seoul, 9 Disember - Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah menganjurkan Program Mobiliti dan Pengantarabangsaan ke Korea Selatan dengan membawa 15 orang remaja PPR yang terdiri daripada peserta kelas vokal muzik dan kelas fotografi program PERMATA Remaja, seorang alumni dan dua mahasiswa PsiTra. Delegasi ini diketuai oleh Dr Nasrudin Subhi bersama enam orang felo penyelidik, dan empat pegawai pengiring. Turut hadir, Setiausaha Bahagian PERMATA, KPM Dr. Nor Suhara Fadzil dan Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat FSSK UKM.

Lawatan ke beberapa buah organisasi dan universiti seperti Sangji University, Kyung Hee University, Kaywon University of Art and Design, Jeonghwa Arts University, syarikat teknologi digital Futurenuri, Samsung Innovative Museum dan Seoul Youth Music Center (SYMC) telah berlangsung. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi pembentangan felo-felo penyelidik di International, penganjuran Program Pertukaran Antarabangsa Muzik dan Seni Budaya untuk Belia bersama Prof. Shim Hae-bin dari Seokyeong University merangkap pengarah bertempat di Seoul Youth Music Center selama tiga hari serta pameran fotografi di Kaywon University of Arts and Design, di mana telah mempamerkan 40 karya kreatif peserta PERMATA Remaja.

Bagi Program Pertukaran Antarabangsa Muzik dan Seni Budaya untuk Belia, peserta PERMATA Remaja diberi peluang untuk mengikuti kelas pendidikan muzik dan seni budaya Korea di mana telah dibimbing oleh tenaga pengajar muzik profesional SYMC. Peserta PERMATA Remaja juga diberi ruang untuk mempersembahkan hasil pembelajaran mereka melalui mini konsert yang dianjurkan pada hari terakhir program tersebut.