Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

News@PERMATA Remaja

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Program Penerangan PERKASA@remaja UKM di SMK Bandar Baru Seri Petaling

25 Oktober 2016 – PERKASA@remaja UKM telah dijemput oleh pihak sekolah bagi memberikan penerangan berkenaan program komuniti yang dijalankan di Pusat Komuniti PERKASA@remaja. Pengenalan tentang PERKASA@remaja telah disampaikan oleh kakitangan PERKASA@remaja sendiri,  manakala penerangan berkaitan kelas kemahiran yang ditawarkan telah disampaikan masing-masing oleh tenaga pengajar dari kelas Vokal & Muzik. Fotografi dan Kek & Pastri.

Pelajar yang terlibat dalam sesi penerangan ini terdiri daripada murid-murid Tingkatan 3 yang baharu menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Program ini juga merupakan usaha pihak sekolah dalam mengisi masa lapang para pelajar disamping membuka ruang bagi para pelajar menyertai program yang memberi manfaat kepada mereka. Di akhir sesi penerangan, para pelajar SMK Bandar Baru Seri Petaling diberi peluang merasai sendiri pengalaman mendekorasi cupcake yang telah disediakan oeleh pihak PERKASA@remaja. Pelajar kelihatan teruja dan bersemangat menjalankan aktiviti tersebut serta menyatakan minat menyertai Program Komuniti PERKASA@remaja.