Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Aktiviti Kemasyarakatan 2023

25 Oktober 2023
Lawatan Sekolah kebangsaan Gemas, Negeri Sembilan

Program lawatan

18 Oktober 2023
Lawatan Deligasi Shibata High School, Jepun

Program seharian ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sejak 2015.

3 Februari 2023
Kuasa Tindakan: Merubah Keputusan

Program motivasi Pecutan Akhir Tingkatan 5, ini telah diadakan hasil kerjasama Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM (PGPN UKM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang, Selangor. Program ini telah disertai seramai 167 pelajar tingkatan 5 sekolah berkenaan. En. Mohd Hakimie bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah & Kaunselor, PGPN UKM telah dijemput sebagai penceramah. Turut hadir adalah Pengetua Sekolah, Puan Norlila binti Omar dan Cik Suhana binti Yaakub, Pensyarah & Kaunselor PGPN UKM. Program ini diadakn bertujuan sebagai inisiatif dan persiapan terakhir para pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022. Program ini penting bagi menyuntik semangat para pelajar dan pendedahan awal perjalanan pendidikan mereka setelah menerima keputusan SPM kelak. Para pelajar turut diterangkan mengenai program ASASI Pintar yang ditawarkan di UKM untuk pelajar lepasan SPM.

28 Januari 2023
Projek Pantai Saujana, Port Dickson

Seramai 40 orang pelajar KGPN, UKM diiringi 5 orang pensyarah PGPN, UKM telah menyertai Projek Pantai Saujana di Port Dickson anjuran MMI Care Association pada 28 Januari 2023. Projek ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dikalangan pelajar dan orang ramai yang berkunjung ke pantai Port Dickson. Terima kasih MMI Care Association kerana sudi menjemput warga Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM sebagai peserta. Semoga program sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang.

26 Januari 2023
F1 in Schools: Take Off with Vivian Racing

Seramai 6 orang ahli Kelab F1 in Schools KGPN UKM, (F1iS x GP), 3 daripada mereka merupakan alumni Sekolah Kebangsaan Jalan Empat (JEPS), diiringi pensyarah penasihat kelab, telah mengadakan program untuk memperkenalkan pertandingan F1 in Schools dan juga untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam STEM. Program ini telah mendapat sambutan dimana seramai 51 orang murid darjah 6, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat (JEPS) telah menyertainya. Sepanjang program, mereka telah didedahkan dengan set Primary F1 in Schools, bermula daripada pembentukan kumpulan, sehingga ke peringkat perlumbaan kalah mati.

18 Januari 2023
Bengkel Training of Trainers (ToT) Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, Peringkat Koperasi Sekolah

Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan inisiatif ANGKASA, untuk melibatkan gerakan koperasi di seluruh negara sebagai komitmen untuk menjayakan salah satu matlamat yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 iaitu ‘Climate Action’. Usaha ini merupakan sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025. ANGKASA bekerjasama rapat dengan rakan strategiknya iaitu Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Hijau Malaysia bagi merealisasikan hasrat untuk menjayakan kempen Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Aktiviti-aktiviti Jaringan

2023

2022

2021

2020

2019

2022

2020