Kem Sehari Bersama Pelajar SMK Pulau Tuba Langkawi

page

Pada 19 November yang lepas, Pusat Penyelidikan Langkawi dan The Rotary Club Langkawi telah menganjurkan Kem Sehari Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Pulau Tuba mengenai keunikan sumber-sumber yang ada di Pulau Langkawi bagi meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam memulihara warisan sumber ini.

Berikut merupakan tentatif program tersebut.

0800      : Ketibaan pelajar

0830      : Pengenalan Pusat Penyelidikan Langkawi oleh Dr. Goh Choo Ta

0900      : Lawatan ke Galeri oleh Dr. Sharina Halim

0930      : Sesi 1 : Anugerah Kepelbagaian Biodiversiti di Pulau Langkawi – Puan Nur Johana Johari

1000       : Sesi 2 : Mengenali batuan Langkawi Geopark – En Mustadza Mazni dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

1045       : Sesi 3 : Kenali Warisan Langkawi – Dr. Sharina Abdul Halim

1130       : Sesi 4: Aktiviti melukis – Ms Julie Ferguson

1215       : Sesi 5 : Cintailah Sungai Kita – Dr. Goh Choo Ta

1230       : Tayangan filem pendek

1400       : Kerja Lapangan ke Air Terjun Telaga Tujuh – Dr. Goh Choo Ta

1600      : Penyampaian sijil kepada peserta dan sekolah

oleh Ku Adriani Ku Ayob.