loader image

𝗞𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗞𝗥𝗘𝗔𝗦𝗜, 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠 𝟭 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱

Pada 5 hingga 11 Februari 2025 telah berlangsungnya Kem Pendidikan Luar bertempat di Pusat Penyelidikan UKM Tasik Chini, Pahang.

Seramai 66 orang pelajar, 2 orang pensyarah pengiring, 12 orang fasilitator dan 3 jurulatih Outrec tahap 3 telah terlibat dalam kem ini.
 
Menurut penyelaras kursus GGGF2313 Pendidikan Luar dan Rekreasi, Dr. Wan Ahmad Munsif Wan Pa, kem ini adalah salah satu keperluan wajib dalam proforma kursus. Antara pengisian kem adalah ikhtiar hidup, kayak, water confident, jungle trekking, orienteering, abseiling, lawatan ke perkampungan orang asli dan pengurusan kraf kem.
 
Melalui kem ini, kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, kerjasama berkumpulan dan pembelajaran sepanjang hayat telah dapat diterapkan dalam bakal graduan yang akan bergelar guru suatu hari nanti.
 
Terima kasih kepada Fakulti Pendidikan, unit kenderaan UKM, penaja-penaja dan semua pihak yang telah memberi bantuan kewangan serta bertungkus lumus menjayakan program ini.
 
Tahniah dan syabas diucapkan!
 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM