loader image

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐑𝐀𝐅𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐘𝐔 𝐒𝐈𝐒𝐀/𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆 (𝐃𝐑𝐈𝐅𝐓𝐄𝐃 𝐖𝐎𝐎𝐃𝐒) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐

Pada 25-28 Jun 2024 yang lalu, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menganjurkan Bengkel Kraftangan Kayu Bersama Komuniti Orang Asli Tasik Chini. Ini merupakan siri kedua di mana bengkel ini telah diajar oleh jurulatih daripada Unit Latihan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang).

Dalam tempoh empat hari ini, peserta-peserta diajar untuk membuat papan pemotong dan pelapik cawan daripada bahan-bahan kayu terbuang. Bengkel ini bukan sahaja memfokuskan kepada penghasilan kraftangan, tetapi juga kepada pembinaan kemahiran yang mendalam dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
 
Antara objektif bengkel yang telah dicapai adalah:
🌟Objektif Bengkel:
1. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang teknik kerja kayu kepada komuniti Orang Asli.
🌳Peserta-peserta mendapat pendedahan mendalam mengenai teknik-teknik asas dan lanjutan dalam kerja kayu, yang membantu mereka mengenali potensi dan nilai kraftangan kayu sisa/terbuang (drifted woods).
2. Meningkatkan kemahiran dalam penghasilan kraftangan dan perabot dari kayu sisa/terbuang (drifted woods) dengan bimbingan jurulatih berpengalaman.
🌳Peserta dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman untuk menghasilkan pelbagai produk kraftangan, seperti papan pemotong dan pelapik cawan, dengan teknik-teknik yang betul dan kemas.
3. Meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dengan menggunakan bahan daripada kayu sisa/terbuang (drift woods)sedia ada.
🌳Bengkel ini juga menekankan penggunaan bahan-bahan terbuang seperti kayu sisa/terbuang (drifted woods), mempromosikan kelestarian dan penghargaan terhadap alam sekitar.
4. Melahirkan pengusaha kraftangan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk meningkatkan ekonomi komuniti.
🌳Dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi, peserta diharapkan dapat menjadi pengusaha kraftangan yang berjaya, yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi komuniti mereka.
 
Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang) yang telah bersama-sama kami untuk menjayakan bengkel tersebut.
 
 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM