loader image

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐅-𝐔𝐊𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓

Pada 21 dan 22 Januari 2024, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan & Jawatankuasa Sokongan ALAF-UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Penasihat ALAF-UKM, YBhg. Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Strategi) serta Pn. Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah (Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal).

Bengkel kali ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi UKM, yang telah meluangkan masa memberikan amanat, sokongan dan dorongan kepada ALAF-UKM. Dalam ucapan amanat beliau, beliau menekankan peri pentingnya ALAF-UKM sebagai pemacu utama kepada usaha penyelidikan inovatif dan penghasilan impak yang signifikan kepada universiti serta menzahirkan harapan agar ALAF-UKM terus mengekalkan kecemerlangan pada tahun 2025.

Melalui pelbagai inisiatif yang telah dirangka, bengkel ini menggariskan pelan yang menyeluruh dan dinamik untuk tahun 2025 dan perancangan jangka masa panjang ALAF yang meliputi penekanan kepada perancangan setiap makmal, pengukuhan jaringan kerjasama, inovasi dalam perkhidmatan makmal, strategi promosi serta pelaksanaan program yang memanfaatkan buat komuniti akademik serta masyarakat umum.

Dengan penganjuran bengkel ini, ALAF-UKM terus optimis untuk mengorak langkah ke hadapan dengan keyakinan dan komitmen yang lebih tinggi bagi memastikan keberlangsungan kecemerlangan dalam semua aspek.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM