loader image

Makmal Pembangunan Dan Pengeluaran Produk Kraf (Kraf Kayu) Kraftangan Pahang & Pusat Penyelidikan Tasik Chini

PPTC ALAF-UKM praktik model kerjasama tiga hala (Triple-helix : Komuniti-Universiti-Agensi Kerajaan) dalam Program Pembangunan Kraf Kayu Sisa melalui inisiatif oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang iaitu Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) bagi Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Kayu di Tasik Chini Pahang bersama-sama komuniti Orang Asli di sini.

Objektif program Pembangunan Kraf Kayu ini adalah bagi memperkasa dan melahirkan usahawan di kalangan komuniti Orang Asli Tasik Chini bagi industri produk kraf kayu sisa dan memanfaatkan sumber semulajadi daripada kayu sisa kepada produk kraf yang bernilai tinggi.

Pendekatan yang digunakan dalam bengkel ini adalah peningkatan kemahiran melalui gabungan diantara ilmu watan Orang Asli dalam bidang seni perkayuan serta teknik yang dikomersilkan oleh tenaga pengajar professional daripada Kraftangan Malaysia.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM berperanan sebagai moderator dalam memastikan program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals) SDG 12 yang menyasarkan pengurusan yang mampan dan penggunaan sumber asli yang cekap. Matlamat utama program ini juga adalah untuk memenuhi SDG 8 bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang baik bagi meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Orang Asli Tasik Chini melalui sumber pendapatan yang stabil.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM