

Telah berlangsung bengkel bagi program “Programming + Wireless Day @ Chini” pada 21 – 22 Oktober 2023 yang melibatkan 20 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEOA) dimana ianya telah dianjurkan oleh WirelessResearch@UKM, P3K, dan CRYsTaL@UKM, yang beroperasi di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem (JKEES), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini ALAF-UKM (PPTC).
Sejak tahun 2009, CRYsTaL@UKM dan P3K telah berusaha menjalankan pelbagai aktiviti permentoran untuk pelajar sekolah dan universiti. Mereka telah berjaya menghasilkan modul latihan dan projek berasaskan teknologi mikropengawal dan pengaturcaraan.
Dalam bengkel ini, pelajar sekolah rendah ini telah mempelajari teknologi komunikasi tanpa wayar, mikropengawal, dan pengaturcaraan. Program ini melibatkan pensyarah, staf, pembantu penyelidik, pelajar prasiswazah, dan pascasiswazah sebagai tenaga pengajar dan fasilitator. Program ini sejajar dengan keperluan negara untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dan mengaplikasikan elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 kepada pendidikan mereka.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM