

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) dengan maksud meningkatkan kemahiran insaniah serta membentuk jurulatih fasilitator berkualiti. Pembangunan kemahiran adalah aspek penting bagi memastikan keberkesanan modul di PPTC UKM.
Fokus bengkel ini ialah mengulas ciri-ciri utama jurulatih yang kompeten, prinsip pembelajaran dewasa, dan teknik penyampaian latihan yang efektif kepada orang dewasa. Peserta bengkel akan didedahkan kepada alat yang perlu untuk memulakan dan melaksanakan latihan di tempat kerja, serta menilai keberkesanan pembelajaran secara berterusan.
Bengkel ini membantu bakal jurulatih dan fasilitator dalam mengalihkan pengetahuan dan kemahiran kepada aktiviti yang ingin disampaikan, serta perubahan tingkah laku yang dijangkakan melalui pembelajaran berperingkat. Penggunaan Neuro Linguistic Programming (NLP) digunakan untuk mengenalpasti personaliti dan teknik penyampaian yang sesuai dengan peserta, serta menarik minat mereka dalam pembelajaran. Analisis Keperluan Latihan diajar kepada peserta untuk memastikan program latihan sesuai dengan keperluan semasa.
Bengkel ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mac 2024, serta akan diadakan sesi kedua dari 29 hingga 31 Mac 2024, disampaikan oleh En. Norrul Izuhan Shafri, Ketua Penolong Pendaftar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM). Mempunyai keserasian dengan moto Universiti Kebangsaan Malaysia, “Imu, Mutu, & Budi”, peserta dibimbing untuk meningkatkan ilmu dalam pembangunan modul dan latihan, serta memastikan mutu yang tinggi dan relevan dengan keperluan semasa. Melalui suasana interaktif dan mesra, peserta diberi peluang untuk membentuk keperibadian mereka sebagai jurulatih yang berkesan dan beretika.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM