loader image

LAWATAN KETUA PENTADBIRAN ALAF KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI, PEKAN, PAHANG​

En. Ahmad Mustaqim Zolkafali, Ketua Pentadbiran ALAF - UKM, bersama-sama dengan Puan Mardinah Alimat dan diiringi oleh En. Afiq Aznin telah menjalankan lawatan ke Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM pada 25-26 Jun 2024 yang lalu. Lawatan ini merupakan sesi pengenalan Ketua Pentadbiran ke makmal-makmal alami di bawah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM).

Pada hari pertama lawatan, En. Ahmad Mustaqim telah dijemput untuk perjumpaan dengan Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang) bagi berbincang mengenai peluang kerjasama antara Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM, dan Kraftangan Pahang.Β 
Β 
Perbincangan ini khususnya tertumpu kepada pembangunan kemahiran komuniti setempat yang boleh dijalankan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pekan. Selain itu, beliau juga berkesempatan untuk melihat Bengkel Kraftangan Kayu Siri 2 yang dijalankan di Pusat Penyelidikan tersebut.
Β 
Pada hari kedua, En. Ahmad Mustaqim telah mengadakan pertemuan ringkas bersama kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini serta melawat kemudahan dan fasiliti yang terdapat di pusat tersebut. Beliau juga berpeluang menaiki bot mengelilingi Tasik Chini untuk memahami lebih lanjut mengenai tugasan-tugasan kakitangan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini.
Β 
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pentadbiran ALAF-UKM kerana sudi turun padang untuk memahami tugasan dan cabaran yang dihadapi oleh kakitangan di makmal alami ALAF-UKM.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM