loader image

𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌: 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐊𝐌 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐆𝐄𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbesar hati menerima kunjungan seramai 88 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan (FPend) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM dalam program Kerja Lapangan Biogeografi selama tiga hari dua malam.

Sepanjang program ini, pelajar menjalankan pelbagai aktiviti saintifik termasuk persampelan kuadrat untuk mendapatkan data berkaitan kelembapan tanah, kepelbagaian spesies pokok dan penguasaan spesies utama di kawasan sekitar Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC). Aktivti ini membolehkan pelajar menganalisis struktur komuniti tumbuhan serta mengenal pasti pola taburan biodiversiti dalam ekosistem daratan.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar tentang kepentingan biogeografi dan aplikasi konsep-konsep ekologi dalam ekosistem semulajadi. Antara pengisian utama program termasuk:
• Mengkaji biodiversiti – Memberi tumpuan kepada spesies tumbuhan yang ada di sekitar Tasik Chini, serta memahami ciri-ciri dan kepentingan spesies terancam di kawasan tersebut.
• Membangunkan kemahiran penyelidikan lapangan – Memberi pengalaman langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan teknik penyelidikan biogeografi, pengumpulan data dan analisis ekosistem semula jadi di lapangan.

Dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program ini menyokong:
𝑺𝑫𝑮 4: 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒌𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊 – Memperkasa pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar di lapangan, memperkukuh pemahaman teori, dan membentuk graduan berpengetahuan luas serta prihatin terhadap isu alam sekitar.
𝑺𝑫𝑮 15: 𝑲𝒆𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑫𝒂𝒓𝒂𝒕𝒂𝒏 – Melibatkan kajian terhadap hutan, tasik dan biodiversiti sekitar Tasik Chini, ia secara langsung berkait dengan usaha memahami ekosistem daratan.

PPTC komited menjadi pusat pembelajaran luar kampus yang menyokong kelestarian ilmu, alam sekitar, dan pembangunan insaniah.

“Ilmu dari alam! Pelajar FSSK & Fakulti Pendidikan UKM teroka dunia biogeografi di PPTC.”

#PPTC #UKM #SDG4 #PendidikanBerkualiti #KerjaLapangan2025 #alafukm #UniversitiWatanKita #pptcukm #ilmumutubudi #FSSKUKM #FPend 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM