loader image

LAWATAN DELEGASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kunjungan delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersempena dengan Program Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja bagi Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti ke Negeri Pahang yang berlangsung pada 15 hingga 17 Julai 2026. Delegasi diketuai oleh Encik Kamarul Azlan bin Mustaffa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pulau Pinang, bersama-sama wakil daripada pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Program dimulakan dengan sesi taklimat di Galeri Tasik Chini Rizab Biosfera, PPTC sebelum delegasi dibawa menyertai eksplorasi bot ke Kampung Orang Asli Cendahan bagi meninjau pelaksanaan Program Buyback Guarantee. Delegasi kemudiannya dibawa menyusuri Tasik Chini bagi melihat dengan lebih dekat potensi pembangunan Aspirasi Maran–Chini Geopark, selain menghayati keunikan landskap, kekayaan biodiversiti serta warisan semula jadi yang menjadi identiti penting kawasan Tasik Chini.
 
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal PPTC; Encik Muhammad Syahmin Aiman, Pengurus Makmal PPTC; serta wakil daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
 
Lawatan kerja ini menjadi wadah penting bagi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik antara institusi penyelidikan dengan agensi kerajaan dalam memperkukuh pengurusan biodiversiti secara mampan. Pada masa yang sama, kunjungan ini turut membuka ruang kepada pembentukan jaringan strategik antara negeri dan institusi akademik dalam menyokong usaha pemuliharaan khazanah alam serta pembangunan berteraskan kelestarian.
Gambar oleh: Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP)
 
 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM