loader image

𝗗𝗲𝗺𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗱𝗮𝗺 𝗔𝗽𝗶

Pada 14 Mei 2024 yang lalu, Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Chini telah memberikan demonstrasi Keselamatan dan Penggunaan Alat Pemadam Api di kalangan warga Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM. Para peserta telah diberikan pendedahan dan pengetahuan asas berhubung aspek keselamatan kebakaran, mendedahkan langkah-langkah perlindungan dan pencegahan kebakaran menggunakan alat pemadam api (APA).
 
Pada ceramah ini, peserta telah diberi peluang menggunakan alat pemadam api semasa demonstrasi memadam api yang berpunca daripada minyak petrol dan diesel yang bertujuan mendedahkan warga PPTC tentang cara menggunakan alat pemadam api yang tersedia terutama dalam bangunan.
 
Turut hadir pada hari tersebut adalah kakitangan daripada Perbadanan Taman Negeri Pahang dan juga pemandu bot Tasik Chini.
 
Terima kasih diucapkan Tuan PBK II Azlan Bin Ahmad serta kakitangan daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Chini kerana sudi memberikan ceramah dan demonstrasi kepada kami semua.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM