

Bengkel ini telah berlangsung pada 23 – 24 Jun 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dengan penglibatan warga Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB).
Sepanjang bengkel, peserta terlibat secara aktif dalam perbincangan kumpulan bagi menilai keberkesanan KSS@FKAB 1.0, mengenal pasti cabaran pelaksanaan serta membincangkan strategi pemantapan Program Mobility@FKAB. Selain sesi perbincangan, peserta turut menyertai aktiviti riadah seperti kayak dan tinjauan aktiviti sekitar PPTC, yang mengeratkan hubungan dan menceriakan suasana bengkel.
Hasil perbincangan telah dibentangkan oleh kumpulan peserta dan dimoderatkan oleh Ts. Dr. Aizat Mohd Taib, sebelum majlis penutup disempurnakan dengan ucapan aluan oleh PM. Ts. Dr. Siti Aminah Hj Osman.
Bengkel ini bukan sahaja memberi ruang refleksi terhadap program yang telah dijalankan, malah menjadi platform merancang hala tuju baharu ke arah pelaksanaan program mobiliti yang lebih mantap dan berimpak tinggi. ✨
#pptc #pptcukm #alafukm #UniversitiWatanKita #fkab #mobilityfkab #kssfkab
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM