

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah dipilih sebagai destinasi program "Jejak Lestari Kembara Mahasiswa" oleh Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (PEMADAM UKM) pada 5 hingga 7 Jun 2026. Program ini melibatkan 44 orang peserta dan enam orang staf Unit Kaunseling Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM, termasuk Ketua Unit Kaunseling & Psikologi, Puan Siti Atiqah Moamat Mastam.
Melalui pakej Eksplorasi Hutan, Tasik Chini dan Budaya Orang Asli, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik:
– Eksplorasi Tasik Chini dengan menaiki bot.
– Lawatan ke Kampung Tanjung Puput bagi mendalami budaya masyarakat Orang Asli.
– Eksplorasi hutan tanah bencah untuk mengenali flora dan fauna.
– Aktiviti berkayak sebagai acara riadah petang.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi pendedahan mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan warisan budaya Orang Asli. Pihak PPTC berharap program kesedaran dan kelestarian seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM