loader image

KAB Edutourism di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC)

Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menganjurkan KAB Edutourism di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), pada 24 dan 25 Februari 2025.

KAB Edutourism merupakan salah satu inisiatif di bawah kolej akademia ke arah pembangunan holistik yang melandaskan tiga aspek utama iaitu pendidikan, kelestarian alam dan pelancongan. Melalui program ini juga, seramai 43 peserta dari KAB termasuklah pelajar antarabangsa UKM berpeluang untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang unik menerusi interaksi antara manusia dan alam sekitar.

Dalam program ini, sebanyak 25 anak teratai dilepaskan ke Tasik Chini dengan bantuan kakitangan PPTC. Para peserta turut diberi peluang oleh pihak ALAF-UKM untuk membuka ruangan pameran KAB Edutourism di Galeri PPTC bersempena Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani meluangkan masa hadir bagi merasmikan Program KAB Edutourism dan beliau berterima kasih kepada KAB dan ALAF-UKM atas penganjuran program itu.

Beliau turut memberi sokongan kepada penganjuran program ini yang telah menyokong matlamat pembangunan mampan (SDG).

Pengetua KAB, Dr. Lai Wei Sieng dalam ucapan aluannya turut memaklumkan iltizam KAB sebagai sebuah kolej akademia untuk menganjurkan program seperti itu di makmal-makmal alami UKM yang lain pada masa akan datang.

Turut hadir adalah Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris yang merupakan Profesor Kehormat Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM; Pengarah ALAF-UKM, Prof Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin; Timbalan Pengetua KAB, Dr. Mohd Fadhli Shah Bin Khaidzir, dan Ketua Pengarah KAB Edutourism, saudara Mohamad Fareez Wajdi Yusri Effend.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM