

Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM di Karnival Kerjaya Dan Bicara KESEF di Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Tasik Cini JHEOA. Hari ini (23 November 2022) kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM menyertai Karnival Kerjaya Dan Bicara KESEF sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Daerah Pekan, Pahang.
Karnival ini disertai oleh pelajar-pelajar daripada 24 sekolah di daerah Pekan dan 3 buah sekolah dari daerah Kuantan dimana banyak aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan pakaian beragam yang bertemakan kerjaya dan adiwira, pertandingan mewarna serta Bicara KESEF yang disampaikan oleh wakil dari Pos Malaysia Berhad.
Karnival ini juga mendapat sokongan dan penyertaan dari beberapa agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan, Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Pekan, Ibupejabat Polis Daerah Pekan, Hospital Daerah Pekan dan ramai lagi.
Di dalam booth pameran PPTC, kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti mini eksperimen sains dimana diharapkan dapat menambahkan lagi kefahaman dan minat pelajar-pelajar ini dengan bidang sains dan teknologi.
Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Tasik Chini, yang merupakan rakan strategik Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan!
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM