

Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya, Jabatan Sumber Manusia, Unit Latihan JSM Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah menganjurkan Kursus Pemantapan Penolong Pegawati Tadbir bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM pada 27 – 29 Oktober 2023 yang lepas.
Seramai 37 orang peserta telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Pusat Penyelidikan Tasik Chini dan berpeluang meningkatkan kemahiran diri dan dalam masa yang sama menghayati keunikan dan keindahan Tasik Chini, tasik semulajadi kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
Kursus pemantapan penolong pegawai tadbir bertujuan untuk memperkukuhkan personaliti dan kemahiran komunikasi peserta, menyokong perkembangan kemahiran penyelesaian masalah dan berfikiran kreatif, serta memupuk kemahiran pengurusan perubahan dan pemikiran strategik dalam konteks pentadbiran.
Selain itu, kursus ini juga bertumpu pada motivasi dan pembentukan pasukan yang cemerlang untuk meningkatkan prestasi penolong pegawai tadbir. Dalam konteks alam sekitar Malaysia, kursus ini juga melibatkan resolusi dan kesedaran terhadap isu alam sekitar melalui program khas di Tasik Chini.
Kursus ini menyediakan peserta dengan rangkaian kemahiran dan pengetahuan yang penting untuk menjalankan tugas sebagai penolong pegawai tadbir dengan kecekapan dan memberi tumpuan kepada pembangunan individu, kemahiran, dan kesedaran terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan tadbir urus dan kelestarian alam sekitar.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM