

Pada 12-13 Julai 2023 yang lepas Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM telah menerima lawatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sesi 2022/2024 Dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2023.
Antara aktiviti yang sempat dilakukan selama 2 hari ini adalah melawat denai penyelidikan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sambil “healing” dan menimba pengetahuan mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara hutan di Tasik Chini. Pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke 2 buah kampung Orang Asli, Kg Cendahan dan Kg Tanjung Puput.
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sudi meluangkan masa selama 2 hari ke kompleks penyelidikan kami. Ribuan terima kasih juga kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Pekan dan Peramu Jaya dan Dr Nizam MO IC Klinik Kesihatan Chini, yang sudi mengiring dan memastikan keselamatan semua peserta.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM