TASIK CHINI, 8 Mei 2025 – Satu program lawatan tapak (site visit) telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2025 melibatkan penyelidik dari University of Greenwich (UK), Lingnan University, Pusat Kajian Bencana (SEADPRI-UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM. Lawatan ini adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan bertajuk *“Approaches for Engaging with Indigenous Knowledge Processes and Holders for Disaster Risk Resilience: The Case of the Tasik Chini Biosphere Reserve, Malaysia.”
Program ini bertujuan merapatkan jurang kefahaman budaya serta memperkukuh ketahanan komuniti melalui peningkatan kesedaran mengenai pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction – DRR). Melalui penglibatan yang bermakna, para peserta dan komuniti Orang Asli telah berkongsi pengetahuan, tradisi, dan strategi dalam memperkukuh persediaan menghadapi bencana alam.
Antara objektif utama program ini ialah untuk mempromosikan kefahaman budaya serta hormat-menghormati antara peserta dan komuniti Orang Asli, mengadakan sesi perkongsian pengetahuan berkaitan amalan ekologi tradisional dan persediaan bencana, meningkatkan kesedaran berkenaan strategi DRR yang bersesuaian dengan konteks setempat, serta mewujudkan peluang kerjasama jangka panjang antara institusi pengajian dan komuniti setempat.
Menurut wakil penyelidik, manfaat utama kepada komuniti Orang Asli termasuklah pendedahan kepada konsep DRR moden yang dapat melengkapi pengetahuan tradisional, peningkatan tahap kesediaan terhadap bencana melalui aktiviti praktikal, peluang memperkukuh identiti budaya serta jaringan hubungan dengan agensi akademik dan kerajaan yang berpotensi menyokong pembangunan komuniti di masa depan.
Program ini disertai oleh:
Kesimpulannya, program lawatan dan libat urus budaya ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap kesedaran bencana dalam kalangan komuniti Orang Asli, malah membuka ruang untuk membina hubungan yang saling menghormati, kerjasama yang berkekalan dan ketahanan komuniti. Dengan sokongan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), inisiatif ini diyakini dapat menyumbang ke arah kelestarian dan kesejahteraan komuniti Orang Asli di Rizab Biosfera Tasik Chini.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM