

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah diundang sebagai pembentang dan pameran di Majlis Perasmian Penutupan Cultural Exchange Program bersama Aboriginal Education Center, University of Adelaide sempena Hari Tanah Lembap Sedunia di Royale Ballroom Hotel Ancasa Royale Pekan pada 7 Februari 2024.
Tujuan majlis adalah untuk menekankan hubungan antara tanah lembap dan kesinambungan hidup manusia serta pentingnya pemeliharaan tanah-tanah lembap di seluruh dunia.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini membentangkan kertas kerja mengenai “Peranan dan Kepelbagaian Biologi di Tasik Chini Rizab Biosfera” oleh Prof Dato’ Sri Musrifah Hj Idris. Majlis ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan kerjasama Majlis Biodiversiti Pahang (MBP), Universiti Adelaide, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dan Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG).
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM