loader image

PELEPASAN BENIH IKAN DI TAPAK REZAB BIOSFERA UNESCO TASIK CHINI

Pelepasan benih-benih ikan sebanyak 21 ribu ekor daripada spesies Lampam Sungai, Baung, Sebarau dan Terbol telah dijalankan di Tapak Biosfera UNESCO Tasik Chini pada 10 September 2022.
 
Majlis pelepasan diketuai oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail; YBM Kementerian Tanah dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Hj. Takiyuddin bin Hassan; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak; YB Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato’ Sri Hj. Mohd Sharkar bin Shamsudin. Turut hadir ialah KSU KeTSA, Dato’ Rosli bin Isa; TKSU KeTSA (Sumber Asli), YBhg Tuan Abdul Wahid bin Abu Salim; TKSU KeTSA (Tenaga), Dato’ Mohamad Razif bin Hj. Abd. Mubin dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, En. Abdullah bin Jaafar
 
Pelepasan benih ikan akan menambahkan stok ikan Tasik Chini selain melindungi & memulihara biodiversiti sumber perikanan darat. Pelepasan benih ikan ini dijangka memberi manfaat besar khususnya nelayan darat terutama komuniti orang asli yang menjadikan tasik Chini sebagai tempat mencari rezeki. Semenjak dua tahun kebelakangan, sejumlah 96,500 ekor benih ikan telah dilepaskan ke tasik Chini dalam tempoh 2021-2022. Sumber utama benih ikan ialah daripada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok Jerantut dan PPA Bukit Tinggi Bentong.
Skip to content