loader image

Program SULAM Asli-Pimpin 2024 - Jalinan Mesra Watan @ Chini

PROGRAM SULAM ASLI-PIMPIN 2024 – JALINAN MESRA WATAN @ CHINI
 
Pusat Penyelidikan Tasik Chini ALAF-UKM telah menerima pelajar-pelajar Tahun 1 Kohort 6 SmSn Citra dan adik-adik daripada Program Permata Remaja pada 5 – 7 Januari 2024 yang lepas bagi Program Sulam Asli-Pimpim 2024 – Jalinan Mesra Watan @ Chini.
Program yang disertai oleh 52 orang pelajar ini melibatkan 2 kursus yang diambil pelajar Tahun 1 Kohort 6 SmSn Citra iaitu LMCP1012 Pengantar Sains Citra & LMCR1112 Kesukarelawanan Khidmat Bakti.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada 40 anak-anak remaja berisiko B40 dari Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menyertai progam Permata Remaja dan dijadikan adik angkat sepanjang program berlangsung.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah ziarah mesra rumah ke rumah Orang Asli, sukaneka, pertandingan solekan, pertandingan karaoke, free market, demonstrasi menganyam dan menyumpit serta ceramah keibubapaan.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pusat Permata Remaja, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Tasik Cini dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang banyak memberi bantuan bagi menjayakan progam tersebut.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM