loader image

Tasik Chini Banjir 2024

Dimaklumkan disebabkan hujan berterusan sejak daripada hari Sabtu (6 Januari 2024) yang melanda kawasan Pekan dan Chini khususnya telah menyebabkan paras air Tasik Chini naik dengan sangat pantas. Buat masa ini aset utama PPTC di kawasan berhampiran air seperti jeti, rumah bot, rumah kayak, termasuk bot & kayak serta semua bangunan termasuk bangunan asrama (yang paling hampir) masih dalam keadaan terkawal. Terdapat sebahagian aset kecil seperti sangkar ikan dan sebahagian floatilla teratai yang hanyut dan tenggelam.
 
Air banjir juga telah mula menaiki jalan-jalan masuk ke kawasan Chini, Pekan, Lepar, Muadzam Shah dan Chini Timur. Terdapat juga tanah runtuh yang menyebabkan penutupan jalan sehingga 28/01/2024 di Jalan Kuantan-Segamat iaitu laluan Simpang Chini ke Muadzam Shah.
 
Sehubungan dengan itu, kawasan sekitar tasik yang dinaiki air ini telah menyebabkan beberapa kawasan penduduk Orang Asli ditenggelami air. Penduduk-penduduk ini telah ditempatkan di PPS Balairaya Kg Gumum seramai 51 orang mangsa dan 33 orang mangsa lagi telah ditempatkan di PPS SK Tasik Cini. Buat masa ini sukarelawan adalah daripada kalangan ahli jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kg Orang Asli (JKKKOA) dan 2 org ahli JPAM.
 
Setakat pagi ini, air banjir menunjukkan trend menurun dan diharapkan tiada lagi hujan berterusan di Tasik Chini.
Skip to content