loader image

𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐄𝐒𝐈𝐄𝐒 𝐅𝐋𝐎𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐔𝐍𝐀 𝐏𝐏𝐓𝐂 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐒𝐊 (𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀) 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈 𝟏 & 𝟒 𝟐𝟎𝟐𝟓

Fiesta SK (Felda) Chini 1 & 4 yang berlangsung pada 24 September 2025 telah menghimpunkan warga sekolah, komuniti setempat serta pelbagai agensi kerajaan dalam sebuah program yang meriah dan penuh nilai pendidikan. Sekitar 5 hingga 6 agensi kerajaan turut membuka ruang pameran sebagai usaha memperkaya pengetahuan dan pendedahan kepada murid.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) turut dijemput sebagai salah satu pempamer dan mengambil peluang untuk mengetengahkan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di kawasan Tasik Chini, sebuah tapak Rizab Biosfera UNESCO. Pameran ini memberi ruang kepada murid untuk mengenali tumbuhan dan hidupan liar dengan lebih dekat, di samping memahami kepentingan pemuliharaan biodiversiti dalam ekosistem setempat.

Melalui pendekatan pendidikan berasaskan sains dan alam sekitar, penglibatan PPTC di fiesta ini bukan sahaja menambah nilai kepada pengisian program, malah menggalakkan pembentukan kesedaran ekologi di peringkat awal usia murid sekolah rendah.

#pptc
#pptcukm
#alafukm
#UniversitiWatanKita
#FiestaChini
#SKFeldaChini1
#SKFeldaChini4
#Biodiversiti
#PameranPPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM