loader image

Pusat Penyelidikan Tasik Chini On The News

pptc lama
News
Mohd Radzi

PPTC KONSISTEN MEMELIHARA KELESTARIAN ALAM SEKITAR TASIK CHINI

PPTC KONSISTEN MEMELIHARA KELESTARIAN ALAM SEKITAR TASIK CHINI Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram KUANTAN, 13 JUN 2021: Kerajaan Pahang bersama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2004 sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar Tasik Chini. Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini menerusi satu laporan menjelaskan Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) di bawah Program β€˜Man and Biosphere UNESCO’ telah diiktiraf pada Mei 2009 sebagai kawasan Rizab Biosfera pertama di Malaysia berlandaskan tiga teras utama iaitu pemuliharaan daripada aspek ekosistem, landskap, spesies dan kepelbagaian genetik; sokongan logistik termasuklah aktiviti penyelidikan, pemonitoran dan pembelajaran serta pembangunan yang merujuk kepada pembangunan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan. Beliau berkata, bagi menyokong dan menjayakan ketiga-tiga teras utama ini, TCRB dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Peralihan yang merupakan kawasan-kawasan yang mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza. β€œPenubuhan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) adalah khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat pengurusan tasik secara bersepadu,” katanya menerusi laporan tersebut. Beliau juga berkata, Kerajaan Pahang memperuntukkan tanah seluas 8.1 hektar (20 ekar) di pinggir Tasik Chini yang dijadikan makmal alami (living laboratory) bagi menjalankan penyelidikan dan pembelajaran selain membantu Kerajaan Pahang dalam usaha-usaha pemuliharaan, pemeliharaan serta kelestarian Tasik Chini. Menurutnya, hubungan antara Kerajaan Pahang dan UKM dengan penubuhan PPTC sejajar dengan keperluan pelaksanaan dasar-dasar yang terkandung di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang (2050) dan Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini (2018) ke arah pembangunan mampan dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). β€œUKM melalui PPTC memberi komitmen tinggi kepada Kerajaan Pahang dalam bentuk penyediaan kepakaran dan kewangan demi usaha pemuliharaan melalui penyediaan Pelan Perlaksanaan Strategik bersama-sama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang digunakan dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini. β€œSelain itu, pembinaan stesen β€˜real-time monitoring’ ke atas kualiti air di sungai-sungai pembekal di Tasik Chini, dapat membantu dalam aspek pemantauan kualiti air dengan lebih berkesan,” katanya. Beliau juga berkata, beberapa projek pemuliharaan yang dijalankan bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM). Menurutnya, antara projek pemuliharaan ini termasuklah aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini, pemuliharaan teratai serta latihan dan kesedaran alam sekitar kepada komuniti tempatan. β€œPenyelidikan translasi juga dilaksanakan dengan menyumbang semula hasil dapatan penyelidikan dalam bentuk program kesedaran, modul pembelajaran dan latihan kepada masyarakat tempatan untuk membantu membangunkan status sosioekonomi dan taraf pendidikan mereka khususnya masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini di Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput. β€œMenerusi usaha-usaha ini telah berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar dan kebudayaan di sebahagian besar kawasan Tasik Chini, dan akan diteruskan bagi memastikan keseluruhan kawasan Tasik Chini terus dipulihara dan terpelihara alam sekitarnya,” katanya.-PAHANGMEDIA SUMBER Previous PostPahang melalui PPTC komited mengekalkan kelestarian Tasik ChiniNext

Read More Β»
pptc
News
Mohd Radzi

Pahang melalui PPTC komited mengekalkan kelestarian Tasik Chini

Pahang melalui PPTC komited mengekalkan kelestarian Tasik Chini Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang komited dalam usaha memulihara, memelihara dan mengekalkan kelestarian alam Tasik Chini, Pekan dengan memperuntukkan tanah seluas 8.1 hektar di kawasan berkenaan untuk dijadikan makmal alami bagi menjalankan penyelidikan dan proses pembelajaran. Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dalam kenyataannya memaklumkan, kerajaan negeri berkerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menubuhkan PPTC bagi keperluan pelaksanaan dasar di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang (2050) dan Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini (2018) ke arah pembangunan mampan serta pemuliharaan tasik itu sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). β€œDengan adanya PPTC di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM ini, pelbagai penyelidikan dapat dijalankan termasuk pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat pengurusan tasik secara bersepadu. β€œSelain itu, penyelidikan translasi dilaksanakan dengan menyumbang semula hasil dapatan penyelidikan dalam bentuk program kesedaran, modul pembelajaran dan latihan kepada masyarakat tempatan. β€œUsaha tersebut bertujuan membantu membangunkan status sosioekonomi dan taraf pendidikan khususnya masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini seperti di Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput,” kata kenyataan itu di sini hari ini.Β  Menurut kenyataan itu, usaha kerajaan negeri berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar dan kebudayaan di sebahagian besar kawasan Tasik Chini, sekali gus diteruskan bagi memastikan keseluruhan kawasan Tasik Chini terus dipulihara dan terpelihara alam sekitarnya. Β  β€œPembinaan stesen β€˜real-time monitoring’ ke atas kualiti air di sungai-sungai pembekal di Tasik Chini juga membantu dalam aspek pemantauan kualiti air dengan lebih berkesan.Β  β€œBeberapa projek pemuliharaan yang dijalankan bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).Β  β€œAntara aspek dilaksanakan ialah aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini, pemuliharaan teratai serta latihan dan kesedaran alam sekitar kepada komuniti tempatan,” katanya. Sementara itu, UKM melalui PPTC telah memberi komitmen tinggi kepada kerajaan negeri bukan sahaja penyediaan kepakaran dan kewangan termasuk usaha pemuliharaan melalui penyediaan Pelan Perlaksanaan Strategik bersama-sama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang digunakan dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini.Β  – UTUSAN ONLINEΒ  SUMBER Previous PostKerajaan sedia bangun lebih banyak pusat Internet di kawasan Orang AsliNext PostTASIK CHINI SEDIA TERIMA KUNJUNGAN PELANCONG

Read More Β»
Wartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri
News
Mohd Radzi

Pahang ambil langkah wartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri

Pahang ambil langkah wartakan TASIK CHINI sebagai Taman Negeri Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram PEKAN, 7 Nov — Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini di sini, sebagai sebuah taman negeri yang baharu dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung.  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, menurut Mohd Sharkar juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara.  SUMBER Previous PostKerajaan sedia bangun lebih banyak pusat Internet di kawasan Orang AsliNext PostPahang melalui PPTC komited mengekalkan kelestarian Tasik Chini

Read More Β»
Sri Gumum Cyber
News
Mohd Radzi

Kerajaan sedia bangun lebih banyak pusat Internet di kawasan Orang Asli

Kerajaan sedia bangun lebih banyak pusat Internet di kawasan Orang Asli Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram PEKAN:Β Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersedia untuk memperbanyakkan lagi kemudahan pusat Internet di kawasan yang didiami oleh masyarakat Orang Asli, dalam usaha mendedahkan komuniti itu dengan kemudahan teknologi. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith Β berkata ia selaras dengan sasaran kerajaan yang mahu memastikan lebih 95 peratus kawasan berpenduduk di negara ini menerima perkhidmatan jalur lebar termasuk di kawasan pedalaman. β€œPusat Internet ini penting dan signifikasi dengan keperluan semasa dan kerajaan mahu masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan bersama-sama menikmati kemudahan itu selain bersaing dalam ekonomi digital untuk memasarkan produk-produk mereka. β€œMelalui pendedahan teknologi ini, mereka akan dapat melakukannya (memasarkan produk) dengan lebih efisien dan mudah termasuk ke luar negara yang sekali gus dapat menjana ekonomi setempat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sri Gumum Cyber Cube dan Penanaman Semula Pokok di Tasik Chini Rizab Biosfera UNESCO di Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata Berhad Zuraida Jamaluddin, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Penyelidik Tasik Chini Fakulti Sains dan Teknologi UKM Datuk Seri Dr Mushrifah Idris. Menurutnya, langkah Celcom dengan kerjasama UKM mewujudkan pusat Internet Sri Gumum Cyber Cube yang dilengkapi dengan kemudahan Internet 4G dan komputer, adalah satu daripada langkah yang harus dipuji kerana ia memperkasakan lagi masyarakat Orang Asli Jakun di kawasan Tasik Chini. β€œMenerusi kemudahan ini juga, masyarakat Orang Asli di sini dapat memasarkan produk mereka di pasar raya digital menerusi portal β€˜PribumiMall’ yang telah dibangunkan khas oleh Celcom dengan kerjasama 11Street,” katanya. Dalam masa yang sama, program penanaman 1,000 batang pokok hutan dan buah-buahan di pusat penyelidikan itu dan Kampung Orang Asli Tasik Chini dapat menghijaukan kembali zon teras Rezab Biosfera Tasik Chini. Katanya walaupun kerajaan meletakkan pergantungan ekonomi dalam kepelbagaian sektor, namun peranan alam sekitar sebagai sumber asli dan keseimbangan ekologi tetap dititikberatkan. β€” Bernama SUMBER Next PostTASIK CHINI SEDIA TERIMA KUNJUNGAN PELANCONG

Read More Β»

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM