loader image

PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI ‘JAKUN’

Oleh : Fansurina Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2024 : Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun dengan mengetengahkan teknologi tradisional dalam penghasilan produk berasaskan sumber hutan.

Ketua Makmal PPTC, Profesor Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya berkata, menerusi Projek Kraf Orang Asli Eco-Forestry, beberapa produk berasaskan sumber hutan menggunakan amalan tradisional Orang Asli dapat dimanfaatkan menerusi pengetahuan mendalam mereka tentang hutan untuk mengumpul bahan seperti kayu, buluh, dan rotan secara mesra alam.

“Usaha ini amat penting kerana yang pertamanya dapat menghasilkan satu produk baru untuk Tasik Chini Biosphere Reserve terutama sekali memperkasakan sosioekonomi Orang Asli.

“Kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak yang ingin sama-sama memperkenalkan seni Orang Asli ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pameran bersempena International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia (IGEM) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula Rabu lepas.

Beliau berkata, pemeliharaan kemahiran budaya Orang Asli dalam menghasilkan barangan seperti ukiran peralatan sambil memberikan pemberdayaan ekonomi melalui penjualan produk mesra alam berkualiti tinggi kepada pasaran tempatan dan global.

Jelasnya, pendekatan ini memastikan mata pencarian yang mampan, melindungi persekitaran mereka, dan mengukuhkan warisan budaya mereka, sambil menawarkan peluang pendapatan dan akses pasaran yang baru.

Pada IGEM 2024, tujuh agensi sebagai pempamer telah turut serta iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), UMPSA Holdings Sdn Bhd, Cenergi Sea Berhad, Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Perbadanan Taman Negeri Pahang dan PlanMalaysia Pahang.

Pada penyertaan kali pertama pada 2023, Pahang telah dinobatkan sebagai juara bagi anugerah States Innovation Awards. – PAHANGMEDIA

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM