

Program “Green Camp for Youth @ Tasik Chini UNESCO Biosphere Reserve – Siri 3” merupakan sebuah program yang diadakan bagi mengangkat murid-murid sekolah yang berada di sekitar Tasik Chini Rizab Biosfera UNESCO sebagai Pemimpin Muda Sains dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk melibatkan diri secara berkumpulan dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17-19 November 2023 yang lalu, seramai 40 orang murid daripada empat (4) buah sekolah rendah di Chini iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEOA), Sekolah Kebangsaan (F) Chini 1 & 4, Sekolah Kebangsaan (F) Chini 2 dan Sekolah Kebangsaan (F) Chini 3 & 5 telah menyertai program selama 3 hari 2 malam ini.
Program ini adalah sumbangan daripada Geran Sumbangan SKUM (GSS) tahun 2023 oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan sumbangan daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Terima kasih juga kepada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Muadzam Shah kerana sudi berkerjasama lagi untuk program tahun ini.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM