

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) dan Southeast Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) di bawah pelaksaan Projek Penilaian Perkhidmatan Ekosistem di Koridor Ekologi Central Forest Spine telah menganjurkan Program TESSA Knowledge Sharing & Exchange Visit di Tasik Chini, Pekan, Pahang.
Program ini bertujuan berkongsi pengalaman pasukan dalam menilai perkhidmatan ekosistem budaya menggunakan toolkit TESSA di samping mempelajari hubungan antara perkhidmatan ekosistem hutan dengan budaya kehidupan masyarakat orang asli di Tasik Chini.
Program ini disertai oleh jabatan, institusi dan organisasi swasta dari seluruh Malaysia yang seramai 31 orang dimana antara program yang telah dijalankan adalah meneroka warisan semulajadi dan kehidupan Orang Asli Tasik Chini melalui pengalaman menerokai denai, kampung Orang Asli serta menelusuri Tasik Chini yang menjadi kediaman kepada Orang Asli di Tasik Chini ini. Program ini disudahi dengan Persembahan Budaya dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEOA) dengan Tarian Kelundang kepada peserta-peserta program.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM