loader image

UKM Terima Pengiktirafan Di Atas Usaha Pengekalan Status Man And The Biosphere Programme (MAB) UNESCO Tasik Chini

Tasik Chini, Pahang telah berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui program Man and the Biosphere Programme (MAB). Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat The 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis pada 14 Jun 2023 yang lalu.

Sehubungan dengan pengiktirafan ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pengekalan status Man and the Biosfera (MAB) UNESCO Tasik Chini, pada 5 September 2023 bertempat di Swiss-Bell Hotel, Kuantan, Pahang.

Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menerima penghargaan bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dalam penghasilan pelaporan semakan berkala UNESCO (Periodic Review).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM diketuai oleh Dr Shazrul serta UKM Pakarunding yang membawa nama UKM dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera ini.

Penghargaan khas oleh Kerajaan Negeri Pahang turut diberikan kepada Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Hj Idris di atas inisiatif dan usaha beliau mengetengahkan Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera Man and the Biosfera (MAB) UNESCO yang pertama di Malaysia.
Majlis itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBrs. Abdul Wahid bin Abu Salim yang mewakili YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin, Profesor Kehormat UKM, Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Hj Idris, Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hj Mohd Sharkar bin Shamsudin, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Hj Yaacob, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan), Dato’ Hj. Zahari bin Ibrahim serta barisan pentadbiran negeri Pahang.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM