Bengkel Pembangunan Model dan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) Fasa 1


Bengkel Pembangunan Model dan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) Fasa 1 telah diadakan pada 4 Ogos 2022. Fasa 1 melibatkan skim perkhidmatan N, W, S, F dan Q.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Ketua Skim Perkhidmatan dan wakil yang hadir pada hari ini. Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan Model Kompetensi Fungsian mengikut skim perkhidmatan. Fasa seterusnya adalah pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian berdasarkan kepada model yang telah dibangunkan.

Kompetensi merangkumi set pengetahuan, kemahiran dan sikap yang boleh diukur, diperhatikan serta dibangunkan.