Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan

 Profesional-UKM

Perkhidmatan Konsultasi-2

Perkhidmatan Konsultasi

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) menawarkan perkhidmatan konsultasi dalam program pembangunan bakat dan kompetensi serta latihan berasaskan kompetensi kepada agensi luar yang berminat.

Kami menyediakan perunding dan penceramah yang berpengalaman serta berdedikasi dalam program pembangunan bakat dan kompetensi serta latihan berasaskan kompetensi.

Emel ke pghprofesional@ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

A) Program Pembangunan Bakat dan Kompetensi

Program Pembangunan Bakat dan Kompetensi merupakan salah satu agenda utama dalam memperkasakan pembangunan dan pengurusan bakat di sesebuah organisasi. Kerangka dan Model Pembangunan Bakat yang berasaskan kompetensi bagi memastikan hala tuju dan pelaksanaan aktiviti pembangunan dan pengukuhan bakat dapat dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif.

Pembangunan bakat berasaskan kompetensi yang menggabungkan pengetahuan, kemahiran dan ciri peribadi yang diperlukan untuk memastikan kecemerlangan prestasi kerja dan membangunkan budaya kerja organisasi yang menyumbang kepada pencapaian objektif strategik organisasi.

KELOMPOK SASARAN

Ditawarkan kepada Pengarah/Timbalan Pengarah/Ketua Bahagian/Ketua Unit/Pegawai/Individu yang menguruskan program pembangunan bakat dan kompetensi di agensi masing-masing.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Pembelajaran secara interaktif dan kerja berkumpulan dan jangka masa keseluruhan program adalah 84 jam.

MODUL KURSUS

Keseluruhan kursus ini meliputi 7 modul seperti berikut:

  • Modul 1: Pengenalan Kompetensi (7 jam)
  • Modul 2: Analisis Keperluan Latihan (7 jam)
  • Modul 3: Pembangunan Kerangka dan Model Kompetensi (14 jam)
  • Modul 4: Pembangunan Kamus Kompetensi (14 jam)
  • Modul 5: Penilaian Kamus Kompetensi (14 jam)
  • Modul 6: Pembangunan Instrumen Kompetensi (14 jam)
  • Modul 7: Pemprofilan Bakat (14 jam)

B) Kursus Pementoran dan Coaching Pentadbir Universiti

Kursus Pementoran dan Coaching Pentadbir Universiti memberi pendedahan tentang konsep pementoran, definisi pementoran, perbezaan pementoran, coaching dan kaunseling. 

Kursus ini memberikan kefahaman tentang peranan sebagai mentor dan coach berdasarkan dua domain kompetensi pementoran pentadbir iaitu kompetensi personel dan kompetensi profesional. Kursus ini turut membincangkan fasa perhubungan mentor-menti, etika perhubungan pementoran, pelan pembangunan pementoran dan penilaian program pementoran di organisasi. 

 

KELOMPOK SASARAN

Ditawarkan kepada individu yang akan dilantik sebagai mentor dalam program pementoran organisasi.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Pembelajaran secara interaktif, kerja berkumpulan dan permainan uji minda dan jangka masa kursus adalah 7 jam.

PERUNDING

Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad

Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (UMP, 2022)

Prof. Madya Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab

Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (UMP, 2023)

Zoraini Ibrahim

Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (UMP, 2023)