Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi UKM bersama Ketua Skim Perkhidmatan

Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi UKM bersama Ketua Skim Perkhidmatan telah diadakan pada 3 Ogos 2022.
Profesional-UKM telah membentangkan Kerangka Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi, Model Kompetensi Generik dan Model Kompetensi Kepimpinan. Dalam sesi ini, Profesional-UKM telah memaklumkan bahawa Kamus Kompetensi Generik dan Kamus Kompetensi Kepimpinan dalam proses untuk penilaian oleh Penilai Luar yang akan dilantik.

Proses pembangunan Model Kompetensi Fungsian dan Kamus Kompetensi Fungsian akan dijalankan secara berfasa mengikut skim perkhidmatan.

Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Skim Perkhidmatan serta wakil yang hadir pada sesi kali ini. Segala maklum balas untuk penambahbaikan akan diteliti oleh Profesional-UKM sebelum ia diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM.