PENDIDIKAN PENGGUNA
Klik jadual di kalendar untuk pendaftaran secara dalam talian atau mendaftar di:
Meja Penasihat Pembaca, Aras 4, PTSL
Tel : 03-8921 3446
**Semua kelas akan dijalankan dalam talian KECUALI dinyatakan sebaliknya
PERMOHONAN KELAS :
Mohon DISINI selain daripada kelas yang dijadualkan (secara bersemuka / mengikut tarikh yang dikehendaki)
Mengurus Rujukan Anda: EndNote
1. EndNote satu program perisian bibliografi yang membolehkan pengurusan dan penyimpanan data-data rujukan di dalam pangkalan data yang dibangunkan sendiri yang dinamakan “EndNote Library”.
2. Perisian ini membenarkan menyimpan Petikan (Citation) dan rujukan mengikut gaya petikan yang dikehendaki dan dapat mengelak penaipan berulang dalam proses penulisan penyelidikan atau tugasan anda.
3. Menyediakan pilihan lebih dari 100 format gaya petikan seperti APA, MLA, Chicago 15thB, Turabian, Annonated dan lain-lain.
Mengurus Rujukan Anda: Mendeley
1. Mendeley merupakan perisian Reference Manager yang boleh dimuat turun secara percuma dan boleh beroperasi sebagai perisian Desktop dan Web secara serentak.
2. Mendeley adalah perisian bibliografi yang membolehkan pengurusan dan penyimpanan data-data rujukan di dalam pangkalan data yang dibangunkan sendiri.
3. Perisian ini membenarkan menyimpan Petikan (Citation) dan rujukan mengikut gaya petikan yang dikehendaki dan dapat mengelak penaipan berulang dalam proses penulisan penyelidikan atau tugasan anda.
4. Mendeley juga berfungsi sebagai perisian untuk jaringan sosial akademik yang membolehkan penyelidik berkongsi sumber rujukan atau berkolaborasi secara dalam talian.
- URL Gaya UKM Bahasa Melayu terkini seperti berikut: http://csl.mendeley.com/styles/66537561/GayaUKM-MelayuMazleha
- URL Gaya UKM Bahasa Inggeris terkini seperti berikut: https://csl.mendeley.com/styles/66537561/universiti-kebangsaan-malaysia-mazleha-Eng
KATEGORI CARIAN & BAHAN DIGITAL
Cara Mengakses Bahan Menggunakan Sumber Akses Terbuka
Cara Mengakses Bahan Menggunakan Repositori Jurnal Artikel UKM (UJAR)
Cara Mengakses Bahan Menggunakan Repositori Pembelajaran dan Penyelidikan
Cara Mengakses Bahan Menggunakan Carian Bestari@UKM