MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Pengenalan

Jawatankuasa SDGs dibentuk semasa Mesyuarat Pegawai Ikhtisas Perpustakaan Bil.2/2021, bertarikh 13 Disember 2021.

Terma Rujukan Jawatankuasa:

 
Mengumpul maklumat berkenaan projek/aktiviti/
program/inisiatif yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UKM.
 

Jawatankuasa akan menilai projek/ aktiviti/program/
inisiatif yang dilaksanakan sama ada menepati 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).


Menganjurkan taklimat atau latihan berkaitan SDGs.


Jawatankuasa SDG 2025-2027

Penasihat

Hazmir Zainal

Pengerusi

Fatimah Kamilah Awang

Timbalan Pengerusi

Jamain Manap

Setiausaha

Nur Ashiqin Zolkifli

Azlan Mohamad Hamzah​

Mohd Adnan Baharom

Ruzita Kamis​

Nor Hamsiah Ahmad Hosaini

Nur Liyana Ismadhi

Liyana Jasman

Nur Miftah Jannah Rohaimi

Siti Derwina Mostapa

Aktiviti SDG 2025

Aktiviti SDG 2024

Aktiviti SDG 2023

Bicara Ilmu@PTSL Siri 15: Legasi Pemikiran Hamka, Mekar Sepanjang Zaman

Pengenalan:

Almarhum Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka merupakan seorang tokoh ilmuwan, sasterawan, ulama, dan pemikir Islam yang berpengaruh di Nusantara dan dunia Islam. Legasi ketokohan serta pemikiran dan karyanya masih relevan serta memberi inspirasi dalam usaha membentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak. Oleh itu, program Buya Hamka: Suatu Nostalgia Inspirasi Figura Bangsa ini dicadangkan untuk mengenang dan menghayati warisan intelektual beliau dalam konteks keilmuan, kesusasteraan, budaya dan sebagainya.

Objektif:

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pemikiran dan sumbangan Hamka.
  • Memupuk minat terhadap sejarah dan warisan tokoh Nusantara dalam kalangan generasi muda.
  • Menyediakan platform untuk perkongsian ilmu oleh individu yang berpengalaman dalam kajian Hamka.
  • Menggalakkan budaya membaca dan apresiasi terhadap karya Hamka.
  • Membuka ruang diskusi yang ilmiah mengenai relevansi pemikiran Hamka dalam konteks semasa.