I-Quest berfungsi mengurus permohonan (i) pay per view, (ii) pinjaman bahan antara perpustakaan (iii) cadangan pembelian bahan baharu, (iv) pencarian bahan di rak, dan (v) maklum balas pelanggan. I-Quest mempunyai modul di peringkat pelanggan, penyedia perkhidmatan dan pentadbir sistem.
Produk I-Quest merupakan produk inovasi Perpustakaan yang telah berjaya dikomersilkan oleh UKM melalui Syarikat Refrex Sdn Bhd (anak syarikat UKM TECHNOLOGY Sdn Bhd) pada tahun 2014. Kini, I-Quest telah dinaiktaraf kepada LibQuest pada tahun 2025.