SOKONGAN PENYELIDIKAN
Jurnal Berindeks
Senarai jurnal dalam pangkalan data berindeks
Web of Science (WOS)
Untuk mendapatkan senarai jurnal berindeks WOS, mohon log in ke eResources@ptsl –> Journal Citation Reports (JCR) atau Web of Science –> Klik pada View Details
Scopus
- Jurnal berindeks Scopus (Ogos 2026)
- Jurnal berindeks Scopus (Jun 2026)
- Jurnal berindeks Scopus (Mei 2026)
- Jurnal berindeks Scopus (Mac 2026)
- Jurnal berindeks Scopus (Februari 2026)
- Jurnal berindeks Scopus (Januari 2026)
- Jurnal berindeks Scopus (Disember 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (November 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Oktober 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (September 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Ogos 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Julai 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Jun 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Mei 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Mac 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Februari 2025)
- Jurnal berindeks Scopus (Januari 2025)
- Jurnal berindeks Scopus 2024 (kemaskini Oktober 2024)
- Jurnal berindeks Scopus 2024 (kemaskini September 2024)
- Jurnal berindeks Scopus 2024 (kemaskini Mac 2024)
- Jurnal berindeks Scopus 2024 (kemaskini Jan 2024)
- Jurnal berindeks Scopus 2023 (kemaskini Jul 2023)
- Jurnal berindeks Scopus 2023 (kemaskini Feb 2023)
ERA – Excellence in Research for Australia (ERA)
MYCITE – Malaysian Citation Index Database
- MYCITE Journal List – 2025
- MYCITE Journal List – 2024
- MYCITE Journal List – 2023
- MYCITE Journal List – 2022
- MYCITE – Malaysian Citation Index Database
Info Jurnal UKM (Senarai jurnal UKM dalam UJAR, Mycite, Scopus, Wos & ESCI)
MAKLUMAT TAMBAHAN
PENERBIT PEMANGSA
PROMOSI PENERBITAN
JOURNAL CITATION REPORTS 2026

FAQ
Sistem e-Repositori Penerbitan (eReP)
Apakah e-ReP?
e-ReP ialah sistem repositori bagi penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Apakah objektif e-ReP?
e-ReP digunakan oleh universiti untuk mengukur prestasi penerbitan ahli akademik dan staf UKM.
Siapakah yang boleh mengakses e-ReP untuk tujuan pendaftaran?
Semua staf UKM boleh mengakses e-ReP bagi tujuan pendaftaran. Sistem ini boleh diakses melalui pautan: www.ukm.my/epenerbitan.
Di manakah senarai penerbitan dalam e-ReP boleh diakses?
Senarai penerbitan dalam e-ReP boleh diakses oleh orang awam melalui pautan: www.ukm.my/erep. Bagi pelajar UKM, sila log masuk menggunakan ID e-Pelajar untuk mengakses teks penuh.
Siapakah yang bertanggungjawab terhadap data dalam e-ReP?
Perpustakaan UKM bertanggungjawab menguruskan data dalam e-ReP. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada epenerbitan@ukm.edu.my
Pakej Maklumat
Apakah Perkhidmatan Pakej Maklumat?
Perkhidmatan ini menyediakan bantuan dan khidmat nasihat kepada pelajar serta staf dalam mencari artikel, buku dan sumber maklumat yang diperlukan bagi tujuan penyelidikan, kertas kerja dan tugasan akademik.
Siapakah yang boleh memohon Perkhidmatan Pakej Maklumat?
Perkhidmatan Pakej Maklumat terbuka kepada semua ahli akademik dan pelajar pascasiswazah UKM. Di samping itu, perkhidmatan ini turut ditawarkan secara khusus kepada pelajar kelainan upaya (OKU) penglihatan.
Apakah jenis maklumat yang disediakan kepada pelanggan?
Pustakawan akan menjalankan carian literatur berdasarkan topik yang diberikan menggunakan pangkalan data yang bersesuaian serta menyediakan senarai rujukan. Maklumat yang diperoleh merangkumi artikel teks penuh, abstrak atau indeks.
Bagaimanakah cara memohon perkhidmatan ini?
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Perkhidmatan Pakej Maklumat melalui pautan berikut:
http://bit.ly/ukmpakejmaklumat
Bagaimanakah saya akan menerima maklumat yang dimohon?
Artikel teks penuh dan bahan berkaitan akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon dalam tempoh antara 1 hingga 10 hari bekerja.
Jurnal Berindeks
Apakah yang dimaksudkan dengan jurnal berindeks?
Dalam konteks penilaian penyelidikan di Malaysia, sesebuah jurnal dianggap sebagai jurnal berindeks apabila diindeks dalam pangkalan data abstrak dan sitasi seperti Web of Science (Clarivate Analytics), Scopus (Elsevier) atau disenaraikan dalam ERA dan MyCite.
Metrik manakah yang digunakan untuk menentukan Kuartil Jurnal dan Faktor Impak (Impact Factor)?
Penentuan kedudukan Kuartil Jurnal dan Faktor Impak (Impact Factor) hendaklah dirujuk kepada Journal Citation Reports (JCR) oleh Clarivate Analytics.
Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Kuartil (Quartile Ranking)?
Kedudukan kuartil ditentukan bagi setiap jurnal mengikut kategori subjek dalam Web of Science (WoS). Penarafan ini ditentukan berdasarkan taburan Faktor Impak (Impact Factor, IF) jurnal tersebut.
Q1 – 25% jurnal teratas berdasarkan taburan IF.
Q2 – Kedudukan pertengahan tinggi (antara 25% hingga 50% teratas).
Q3 – Kedudukan pertengahan rendah (antara 50% hingga 75% teratas).
Q4 – 25% jurnal terbawah berdasarkan taburan IF.
Apakah SCImago Journal Rank (SJR)?
SCImago Journal Rank (SJR) ialah penunjuk prestasi jurnal yang dibangunkan oleh SCImago menggunakan data daripada Scopus untuk menentukan kedudukan kuartil sesebuah jurnal. SJR boleh diakses secara percuma melalui https://www.scimagojr.com
Apakah MyCite?
MyCite ialah sistem pengindeksan sitasi Malaysia yang berfungsi sebagai pangkalan data indeks sitasi bagi meningkatkan kebolehcapaian dan keterlihatan jurnal ilmiah Malaysia. MyCite turut menyediakan laporan bibliometrik tahunan mengenai prestasi jurnal-jurnal Malaysia yang memenuhi kriteria kualiti yang ditetapkan.
Apakah MyJurnal?
MyJurnal ialah sistem dalam talian yang digunakan oleh Bahagian Sitasi dan Infometrik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengumpul dan mengindeks semua jurnal Malaysia.