KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Hab Ilmu Digital dan Fizikal Warga UKM: Menghimpunkan 20 koleksi perpustakaan yang unik untuk menyokong kecemerlangan akademik anda.

Menempatkan buku-buku akses terbuka dalam pelbagai bidang yang terletak di Aras 5, PTSL. Buku-buku dalam koleksi ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan.
Koleksi ini berada di aras 4, PTSL dan menempatkan bahan-bahan rujukan dalam pelbagai bidang dari karya am, sejarah, sains dan teknologi, sains kemasyarakatan, perubatan sehinggalah ke bidang sains perpustakaan. Ia terdiri daripada bahan rujukan seperti kamus, ensaiklopedia, buku tahunan, atlas, almanak, abstraks, indeks, bibliografi dan sebagainya. Bahan rujukan kini boleh dipinjam keluar.
Koleksi ini terletak di Aras 5, PTSL dan terdiri daripada bahan bacaan ringan dan popular. Bahan ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan.
Ditempatkan di Aras 4, PTSL. Ia terdiri daripada buku-buku dalam pelbagai bidang pengajian Islam, sejarah dan ketamadunan, bahasa Arab dan kesusasteraan. Buku-buku ini terdapat dalam bahasa; Arab, Inggeris dan Melayu.
Koleksi ini terletak di Aras 5, PTSL dan merupakan koleksi akses terhad yang meliputi pelbagai bidang. Pemilihan bahan-bahan adalah berdasarkan negara di Asia Tenggara. Bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi ini antaranya ialah buku, tesis pascasiswazah dan kertas kerja persidangan/seminar.
Koleksi Dokumen adalah koleksi terhad dan rujukan. Ia terdiri daripada semua terbitan kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan terbitan badan berkanun serta negara-negara ASEAN. Koleksi ini juga menempatkan bahan terbitan tertentu luar negara, terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi.
Koleksi ini mengumpulkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM, merangkumi terbitan rasmi dan rekod universiti, karya ahli-ahli akademik terbitan fakulti/ jabatan, terbitan penerbit UKM serta lain-lain terbitan warga kampus. Bahan penerbitan warga UKM juga boleh diakses melalui sistem e-Repositori Penerbitan. Merupakan koleksi tertutup dan boleh dirujuk semasa waktu pejabat di Aras 6, PTSL.
Koleksi ini mengumpulkan buku-buku nadir, manuskrip, bahan habis cetak, penerbitan klasik dan koleksi peribadi. Himpunan ini merangkumi Koleksi Prof. J. Schact, Koleksi Harun Aminurrashid, Koleksi Sastera Peranakan Cina-Indonesia dan beberapa koleksi ahli akademik UKM. Koleksi tertutup ini boleh dirujuk semasa waktu pejabat di Aras 6, PTSL.
Koleksi Tun Ahmad Sarji adalah naskhah bahan yang telah disumbangkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai bidang rujukan seperti perkhidmatan awam, korporat, warisan dan kesenian, keagamaan, kemasyarakatan serta sukan. Bahan-bahan ini boleh dirujuk dan ditempatkan khas di Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Aras 4, PTSL.
Menempatkan bahan bacaan utama bagi kursus yang diajar di UKM atau sebagai bacaan wajib yang disyorkan oleh pensyarah. Bahan ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan. Koleksi ini terletak di Aras 5, PTSL.
Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan yang diharamkan pengedarannya kepada umum oleh kerajaan. Buku-buku ini boleh dirujuk dengan syarat pelanggan membawa surat sokongan dari Ketua Jabatan. Koleksi ini ditempatkan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4, PTSL dan boleh dirujuk semasa waktu pejabat sahaja.
Koleksi ini menempatkan jurnal-jurnal terkini dan kebelakangan dalam pelbagai bidang/perkara. Terdapat lebih dari 140,000 naskhah jurnal atau hampir 5,000 judul jurnal berada di koleksi ini. Koleksi jurnal terdiri daripada jurnal tempatan dan jurnal luar negara serta akhbar harian. Koleksi jurnal dikelaskan kepada jurnal popular, jurnal kebelakangan, jurnal simpan dan jurnal kompaktus.
Koleksi Media merangkumi bahan mikro dan bahan pandang dengar dalam pelbagai bidang perkara, termasuk DVD, VCD, CD-ROM, kaset, slaid, kit dan lain-lain. Koleksi ini turut merangkumi penerbitan seperti akhbar kebelakangan dan latihan ilmiah. Koleksi Media ditempatkan di Aras 2, PTSL dan merupakan koleksi akses tertutup.
Koleksi ini menempatkan bahan yang tidak dipinjam selama dua puluh (20) tahun dan ke atas dan ditempatkan di bilik khas. Pelanggan yang ingin merujuk atau meminjam bahan perlu membuat permohonan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4, PTSL. Pinjaman bahan adalah mengikut kategori pelanggan perpustakaan.
Koleksi Pengasas UKM menempatkan bahan sumbangan tokoh yang terlibat dalam penubuhan UKM, iaitu Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid dan Dr. Syed Husin Ali. Koleksi ini merangkumi bahan dalam pelbagai bidang yang bernilai tinggi seperti perkhidmatan awam, korporat, warisan dan kesenian, keagamaan, kemasyarakatan serta sukan. Bahan-bahan ini ditempatkan di rak khas di Zon Senyap Bestari, Aras 5. Pinjaman bahan adalah mengikut kategori pelanggan perpustakaan