Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, dan salam TEKAD 57 UKM.
Selamat datang ke laman web rasmi Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai gedung ilmu utama universiti, perpustakaan komited untuk menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti, relevan dan inovatif bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan serta pengembangan ilmu.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan transformasi digital, perpustakaan sentiasa memperkukuh akses kepada sumber maklumat bercetak dan elektronik, di samping menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif, kemudahan teknologi terkini serta perkhidmatan yang berorientasikan keperluan pelanggan.Kami berusaha untuk terus menjadi rakan strategik kepada warga universiti dalam memupuk budaya ilmu, memperkasakan penyelidikan dan menyokong agenda kecemerlangan universiti.
Justeru, kami amat menghargai sokongan serta maklum balas daripada seluruh warga kampus dan masyarakat dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.
Akhir kata, saya mengalu-alukan kunjungan anda ke perpustakaan dan berharap kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kecemerlangan ilmu dan pembangunan masyarakat berpengetahuan.
Sekian, terima kasih.
"Perpustakaan Pemangkin Masyarakat Berilmu"
Hazmir Hj. Zainal
Ketua Pustakawan
Universiti Kebangsaan Malaysia