WACANA KHAZANAH MANUSKRIP: MENELUSURI KEARIFAN TUN SERI LANANG DALAM ERA PENDIGITALAN DAN KECERDASAN BUATAN

Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan program Wacana Khazanah Manuskrip: Menelusuri Kearifan Tun Seri Lanang dalam Era Pendigitalan dan Kecerdasan Buatan bertemakan “Mewarisi Kearifan, Memaknakan Peradaban” pada 19 November 2026 bertempat di Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis turut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Hazmir Hj. Zainal, mewakili Naib Canselor UKM. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Wacana ini menampilkan dua orang ahli panel, iaitu YBrs. Dr. Mohd ‘Azmi bin Mohd Razif, Pensyarah Kanan, Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan YBrs. Dr. Muhammad Shahreeza Safiruz bin Kassim, Ketua Jabatan Kecerdasan Buatan (AI), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM). Sesi wacana dikendalikan oleh YBrs. Dr. Zubir bin Idris sebagai pemudah cara.

Penganjuran wacana ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan dalam meneroka khazanah manuskrip serta menelusuri pemikiran dan kearifan Tun Seri Lanang dalam konteks perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan. Program ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk memahami kepentingan memelihara warisan intelektual dan memastikan khazanah ilmu terus relevan dalam mendepani perubahan zaman.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata, sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh penghargaan terhadap warisan manuskrip Melayu serta memperluas wacana keilmuan dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *