Program Pendidikan Mod Cuti Sekolah

  Dua (2) Program Pendidikan yang ditawarkan di UKMShape

Pengambilan

Mac & September

Tempoh

3 Semester

Kampus

UKM Bangi

Yuran

RM10,200

Pengenalan

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), dahulunya dikenali sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia direka bagi menyediakan graduan bukan pendidikan dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional keguruan. 

Melalui gabungan kursus teori dan latihan mengajar di sekolah, program ini melahirkan guru yang bersedia menyumbang kepada sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Penyampaian program turut dirangka secara sistematik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan berkualiti agar seiring dengan permintaan pasaran.

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM Mod Cuti Sekolah adalah program Fakulti Pendidikan UKM yang ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Objektif Program

Menawarkan program DPP tanpa perlu memohon cuti pengajian dengan kos yang berpatutan

Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah.

Melahirkan pendidik yang profesional, berkualiti dan berkompentesnsi dalam pengajaran & pembelajaran.

Kelebihan Program

Yuran Pengajian berpatutan

Dijalankan semasa cuti penggal persekolahan

Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)

Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi

Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Syarat Kemasukan

Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya ATAU

Pemohon yang tidak mencapai PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan, DAN

Lulus temu duga di peringkat Fakulti Pendidikan UKM

Struktur Pengajian

Semester 1

Kategori Kursus Kursus
Asas Pendidikan
GGGA5032 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
GGGB5222 Psikologi Pendidikan
GGGB5613 Kurikulum dan Inovasi dalam Pendidikan
GGGA5022 Pentaksiran Pembelajaran
GGGD5022 Sekolah dan Masyarakat
Persediaan Professional
GGGE5014 Kaedah Mengajar * Fokus kepada kaedah Pengajaran & Perancangan PdP

Semester 2

Kategori Kursus Kursus
Asas Pendidikan
GGGB5023 Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Persediaan Professional
GGGE5082 Pengajaran Mikro dan Makro
Elektif (Wajib) 2 dari 3 kursus
GGGB5433 Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan
GGGB5683 Asas Kaunseling dan Pengurusan Bakat
GGGS5133 Pemikiran Keusahawanan dalam Pendidikan

Semester 3

Kategori Kursus Kursus
Latihan Mengajar
GGGE5016 Praktikum *Latihan mengajar boleh dijalankan di sekolah masing-masing/sekolah pilihan sendiri
Tempoh Pengajian DPP
KELAS DILAKSANAKAN PADA CUTI PERSEKOLAHAN (TERTAKLUK TAKWIM KPM)
SEMESTER 1
PERTEMUAN 1 ➜ DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
PERTEMUAN 2 ➜ DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
SEMESTER 2
PERTEMUAN 1 ➜ BERSEMUKA / DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
PERTEMUAN 2 ➜ DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
SEMESTER 3
PRAKTIKUM ➜ 12 MINGGU

Nota

Jangka masa pengajian adalah 1 tahun 6 bulan (18 bulan)

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan DPP

Berikut adalah contoh jadual yang menyenaraikan dokumen yang mungkin diperlukan untuk permohonan DPP UKM. Sila rujuk laman web rasmi UKM untuk senarai yang tepat dan terkini.

1.

Salinan Ijazah Sarjana Muda

Salinan yang disahkan benar

2.

Transkrip Akademik

Salinan yang disahkan benar

3.

Kad Pengenalan

Salinan yang jelas dan mudah dibaca

4.

Gambar Berukuran Passport

Gambar terkini berlatar belakang putih

5.

Dokumen Sokongan Lain (Jika Ada)

Contohnya: Sijil penyertaan aktiviti kokurikulum atau surat pengesahan pengalaman

Proses Permohonan DPP
Daftar kelayakan MQA program DPP UKM
Soalan Lazim (FAQ)
Hubungi

Sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape boleh dibuat melalui saluran berikut, mengikut kategori pertanyaan atau situasi yang dihadapi.

Pemohon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat program di laman web berikut sebelum mengemukakan pertanyaan lanjut: https://www.ukm.my/studyukm/pendidikan/

1. Pertanyaan Umum dan Promosi Program DPP UKMShape

Bagi pertanyaan umum berkaitan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape, maklumat promosi, atau panduan awal sebelum membuat permohonan, sila hubungi:

2. Permohonan Dalam Talian dan Sistem Join UKM

Bagi urusan berkaitan permohonan kemasukan melalui Sistem Join UKM, pendaftaran dalam talian, muat naik dokumen, atau masalah teknikal berkaitan permohonan, sila hubungi:

Nota:
Permohonan kemasukan ke UKMShape hendaklah dibuat melalui portal Join UKM. Bayaran pemprosesan permohonan adalah tidak boleh dikembalikan, iaitu sebanyak RM50 bagi pemohon tempatan dan RM100 bagi pemohon antarabangsa.

3. Pelaksanaan Program DPP UKMShape

Bagi urusan rasmi berkaitan pelaksanaan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape, sila hubungi:

Nota:
Sekiranya anda telah mendaftar sebagai pelajar DPP, sebarang pertanyaan berkaitan program akademik boleh diajukan kepada sekretariat ini. Ini termasuk urusan kalendar akademik, jadual dan lokasi kelas, pencapaian gred atau pointer pelajar, penangguhan pengajian, tenaga pengajar, cop pengesahan DPP untuk dokumen pelajar, praktikum, serta urusan surat-menyurat berkaitan program.

4. Pembayaran Yuran Pembelajaran DPP

Bagi urusan berkaitan semakan yuran, kaedah pembayaran yuran pembelajaran, atau perkara
berkaitan kewangan pelajar, sila hubungi:

Nota:
Sekiranya pelajar ingin membuat pembayaran yuran pengajian menggunakan KWSP, pelajar perlu memastikan bayaran pendaftaran Semester 1 telah diselesaikan terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan yuran pengajian melalui KWSP, sila rujuk Portal Rasmi KWSP.

5. Kad Pelajar DPP UKMShape

Bagi urusan berkaitan Kad Pelajar UKM, yang juga dikenali sebagai Kad MySiswa atau Kad Prihatin Siswa untuk pelajar UKMShape/DPP UKMShape/ODL sahaja, boleh menghubungi:

Nota:
Urusan ini termasuk pertanyaan berkaitan penghantaran melalui pos atau pengambilan kad secara fizikal.

6. Penginapan di UKM

Bagi urusan berkaitan penginapan pelajar di dalam kampus UKM, sila hubungi:

7. Konvokesyen, Skrol dan Transkrip DPP UKMShape

Bagi urusan berkaitan konvokesyen, skrol dan transkrip Program Diploma Pascasiswaza Pendidikan (DPP) UKMShape, sila hubungi:

Pengambilan

Mac

Tempoh

4 Semester

Kampus

UKM Bangi

Yuran

RM17,000

Pengenalan

Program Sarjana Pendidikan UKM (Mod Cuti Sekolah) adalah program Fakulti Pendidikan UKM yang ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE).

Program ini direka bagi menyediakan graduan dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional keguruan. Penyampaian program turut dirangka secara sistematik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan berkualiti agar seiring dengan permintaan pasaran.

Objektif Program

Meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi pasca ijazah pertama kepada para pendidik dan pegawai pendidikan dengan kos yang berpatutan

Menawarkan program sarjana pendidikan kepada para pendidik dan pegawai pendidikan tanpa perlu memohon cuti pengajian

Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam bidang pendidikan

Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah

Program yang Ditawarkan (Sarjana Pendidikan)
Struktur

Kerja Kursus & Projek Penyelidikan

Kerja Kursus

    • 5 Kursus Teras Fakulti (13 unit)
    • 5 Kursus Pengkhususan (15 unit)
    • 2 Kursus Pilihan (6 unit)

Projek Penyelidikan

    • Kertas Projek I (3 Unit)
    • Kertas Projek II (3 Unit)
Struktur

Senarai Kursus Pengkhususan boleh dirujuk dalam BUKU PANDUAN SISWAZAH:

Kursus pilihan adalah ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan (FPEND) UKM mengikut kumpulan dan ambilan masing-masing.

Hubungi

Sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan Program Sarjana Pendidikan UKMShape boleh dibuat melalui saluran berikut, mengikut kategori pertanyaan atau situasi yang dihadapi.

Pemohon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat program di laman web berikut sebelum mengemukakan pertanyaan lanjut: https://www.ukm.my/studyukm/pendidikan/

1. Pertanyaan Umum dan Promosi Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi pertanyaan umum berkaitan Program Sarjana Pendidikan UKMShape, maklumat promosi, atau panduan awal sebelum membuat permohonan, sila hubungi:

2. Permohonan Dalam Talian dan Sistem Join UKM

Bagi urusan berkaitan permohonan kemasukan melalui Sistem Join UKM, pendaftaran dalam talian, muat naik dokumen, atau masalah teknikal berkaitan permohonan, sila hubungi:

Nota:

Permohonan kemasukan ke UKMShape hendaklah dibuat melalui Portal Join UKM. Bayaran pemprosesan permohonan adalah tidak boleh dikembalikan, iaitu sebanyak RM50 bagi pemohon tempatan dan RM100 bagi pemohon antarabangsa.

3. Pelaksanaan Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan rasmi berkaitan pelaksanaan Program Sarjana Pendidikan UKMShape, sila hubungi:

Nota:

Sekiranya anda telah mendaftar sebagai pelajar Sarjana Pendidikan, sebarang pertanyaan berkaitan program akademik boleh diajukan kepada sekretariat ini. Ini termasuk urusan kalendar akademik, jadual dan lokasi kelas, pencapaian gred atau pointer pelajar, penangguhan pengajian, tenaga pengajar, cop pengesahan dokumen pelajar, praktikum, serta urusan surat-menyurat berkaitan program.

4. Pembayaran Yuran Pembelajaran Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan berkaitan semakan yuran, kaedah pembayaran yuran pembelajaran, atau perkara berkaitan kewangan pelajar, sila hubungi:

Nota:

Sekiranya pelajar ingin membuat pembayaran yuran pengajian menggunakan KWSP, pelajar perlu memastikan bayaran pendaftaran Semester 1 telah diselesaikan terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan yuran pengajian melalui KWSP, sila rujuk Portal Rasmi KWSP.

5. Kad Pelajar Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan berkaitan Kad Pelajar UKM, yang juga dikenali sebagai Kad MySiswa atau Kad Prihatin Siswa, pelajar UKMShape / ODL boleh menghubungi:

Nota:

Urusan ini termasuk pertanyaan berkaitan penghantaran melalui pos atau pengambilan kad secara fizikal.

6. Penginapan di UKM

Bagi urusan berkaitan penginapan pelajar di dalam kampus UKM, sila hubungi:

7. Konvokesyen, Skrol Ijazah dan Transkrip Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan berkaitan konvokesyen, skrol ijazah dan transkrip Program Sarjana Pendidikan UKMShape, sila hubungi:

Contact Us

Centre for Shaping Advanced & Professional Education (UKMSHAPE)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor

Contact us

Office Operation Hour

Monday – Thursday
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Friday
8.00 am – 12.15 pm
2.45 pm – 5.00 pm

Counter Operation Hour

Monday – Thursday
8.15 am – 12.45 pm
2.15 pm – 4.45 pm

Friday
8.15 am -12.00 pm
3.00 pm -4.45 pm

Saturday & Sunday
Closed

UKMShape Maps

Copyright © 2025 Universiti Kebangsaan Malaysia