Alumni Hebat UKM

Dr Irma Shida Abu Samah (Fakulti Pergigian 2004) ialah pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi, Pengarah Irma Ariandi Enterprise, Pengarah Global Sdn. Bhd., Pengasas Dr Irma Skincare dan Cosmetic, penulis tetap kolum kesihatan akhbar Utusan Malaysia. Beliau juga menubuhkan Tabung Bakti Irma Ariandi. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjanamuda Pembedahan Pergigian Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Semasa beliau belajar di UKM, beliau ialah penerima anugerah Anugerah Perpustakaan UKM dan Anugerah Pelajar Cemerlang UKM selama dua tahun berturut-turut. Sebelum beliau membuka klinik pergigian beliau tersendiri, beliau berkhidmat di Kementerian Kesihatan di Kota Bharu, Kelantan. Dengan kesungguhan dan kepercayaan pelanggan pada 2008 beliau memenangi Anugerah Usahawan Muda MARA peringkat negeri Johor.