Alumni Hebat UKM

Prof Dr Siti Zainon Ismail (Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan 1980) ialah seorang penulis, penyair, novelis, cerpenis dan sarjana terkemuka di Malaysia. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Sastera, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Karya-karya beliau memiliki kelembutan, romantis, menyentuh nurani dan menjentik minda pembaca. Beliau antara wanita prolifik yang sering muncul setiap kali pemilihan Anugerah Seni Negara (ASN) diadakan. Cerpen dan puisi yang beliau hasilkan  sarat dengan perlambangan dan watak-watak serta kosa kata yang terhasil daripada penyelidikan, pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang kebudayaan tradisi, kraftangan, tarian dan adat resam
Melayu Nusantara.

Nyanyian Malam (1976) merupakan kumpulan puisi beliau pertama yang terhasil daripada ‘detik kesengsaraannya yang pertama’ ketika beliau baru berusia 19 tahun. Pencapaian terbaik beliau dalam bidang penulisan kreatif diiktiraf apabila beliau
dianugerahkan S.E.A. Write Award 
sebagai menghargai penglibatannya dalam bidang puisi. Puisi beliau telah diterjemahkan ke pwlbagai bahasa seperti Hindi, Urdu, Jepun dan Korea. Pencapain beliau sangat membanggakan Universiti Kebangsaan Malaysia.