Alumni Hebat UKM

Hani Nazrina Hanizar (Fakulti Sains dan Teknologi 2016) ialah salah seorang perserta Clever Girl musim kedua yang mewakili negeri Perlis Indra Kayangan. Beliau juga merupakan Alumni Permata Pintar pada tahun 2014.  Beliau menyambung pengajian beliau dalam Sarjana Muda Sains Aktuari di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini, beliau lebih dikenali menerusi drama “Shhh… I Love You” yang bersiaran di TV3. Beliau mahu membuktikan dirinya bukan pelakon ‘kosong’, sebaliknya mempunyai pengetahuan am yang luas dan berpendidikan.