Alumni UKM Usahawan Berjaya

Muhammad Shuhur Azizuddin (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2016) ialah seorang pengusaha madu kelulut. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Ekonomi Islam , Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai strategi yang menarik dalam perniagaan madu kelulut yang beliau usahakan dengan  mengelilingi Semenanjung Malaysia menaiki motosikal Honda Cub atau kapcai yang berusia lebih 40 tahun untuk mempromosikan madu kelulut beliau kepada rakyat Malaysia. Beliau mengambil masa selama 22 hari untuk menamatkan misi  mempromosikan madu beliau yang bermula di Perak dan berakhir di Kedah sebelum kembali semula ke kampung halamannya. Beliau juga aktif mengikuti seminar-seminar keusahawanan.