Alumni UKM Usahawan Berjaya

Mohd Zaliezul Zasry Mohammed ialah Alumni Hebat UKM (FEP 06) iaitu pemilik kepada Faddist Boutique yang berasal dari Chabang Empat, Kelantan. Beliau bermula dengan menjadi pembantu jurujual minyak wangi berjenama ketika masih belajar di UKM untuk menambah duit poket. Beliau ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pembangunan. Walaupun beliau sibuk, beliau tidak pernah mengabaikan pelajaran. Belia menceburi selok ­belok dalam perniagaan pada tahun kedua di UKM.

Memasuki tahun ketiga di UKM, Mohd Zaliezul Zasry memiliki lebih banyak masa untuk memberi tumpuan dalam pemiagaan memandangkan tidak banyak subjek yang diambil ketika itu. Pada 2013, bekas majikannya memberi ruang untuk menjalankan perniagaan sendiri. Berbekalkan rangkaian yang dimiliki, Zaliezul Zasry mengembangkan perniagaan yang berpusat di Ampang City, Ampang. Tidak hanya tertumpu kepada perniagaan borong dan runcit produk wangian, beliau beralih pula kepada pakaian dan aksesori. Dengan modal RM20.000 hasil duit poket sendiri dan bantuan rakan, beliau membuka Faddist Boutique yang menawarkan perkhidmatan borong dan runcit pakaian berjenama di Kuala Lumpur.

Walaupun memiliki Faddist Boutique, perniagaan asalnya iaitu menjual pewangi berjenama tetapditeruskan. Cuma, tumpuannya perlu dibahagikan sebaiknya untuk memastikan kedua-­dua perniagaan berjalan lancar. Walaupun berkecimpung dalam perniagaan yang menjadi barang keperluan pengguna, Zaliezul Zasry juga tidak dapat lari daripada cabaran.

Menyentuh kaedah pemasaran, beliau berkata paltform Facebook iaitu FADDIST KL menjadi medanterbaik kepadanya untuk mempromosikan produk yang ditawarkan syarikatnya. Beliau berkata, Faddist Boutique juga sedang memperkukuhkan perniagaan dengan imbangan pelanggan borong dan runcit pada nisbah 50:50.