Haji Suwadi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah baharu.

Haji Suwadi Haji Guliling (FSKK 87) dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah yang baharu
berkuatkuasa 1 Mac lepas menggantikan Datuk Almain Ajirul yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia.

Suwadi, 52, mempunyai pengalaman 26 tahun dalam perkhidmatan, pernah dilantik sebagai Pengarah JAPEN Labuan dari 2001 hingga 2004 dan JAPEN Melaka pada 2014 hingga 2015.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Koraunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), peraah^berkhidmat sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat antaranya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOST!) serta di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bagi meneruskan kegemilangan JAPEN Sabah, Suwadi hari ini telah menubuhkan Pasukan Media Baharu sebagai peneraju maklumat tepat dan berwibawa dalam kalangan masyarakat. “Dalam era digital dan pantas masa kini, maklumat boleh diperolehi dari sumber yang pelbagai, jika tiada satu agensi yang bertanggungjawab memberi maklumat yang tepat dan
sahih masyarakat, mereka akan jadi keliru.

Tambah Suwadi, penubuhan Pasukan Media Baharu JAPEN Sabah melibatkan lantikan pegawai­pegawai dari semua peringkat jawatan dan akan memberi fokus penyebaran maklumat melalui gambar, infografik serta video. Suwadi turut memaklumkan, jabatan berkenaan akan memberikan tumpuan kepada Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia yang merupakan
penerusan kepada program­-program JAPEN untuk mendekati masyarakat, menghubungkan pemimpin dengan masyarakat dan mendalami isu­isu yang dihadapi dan seterusnya mencari penyelesaian.